PUTRAJAYA: Dua lelaki terlepas daripada hukuman gantung atas dua kes kesalahan mengedar dadah berlainan, dan dijatuhkan hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan semalam menukar pertuduhan mereka kepada kesalahan memiliki dadah.
Seorang pemandu lori Mahadi Abidin, 50, dihukum penjara 25 tahun kerana memiliki 97.76 gram (g) ganja di tempat letak kereta sebuah restoran nasi kandar di Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah pada 15 Julai, 2015. Dia juga terlepas daripada dikenakan rotan, kerana telah mencapai usia 50 tahun beberapa minggu lepas.
Dalam satu lagi kes Mohd Fadli Yusoff, 41, dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan kerana memiliki 103.44g methamphetamine di sebuah apartmen di Pandan Mewah Height di Selangor pada 3 Jan 2016.
Tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali bersidang bagi mendengar kedua-dua kes itu secara berasingan, semalam.
Kes Mahadi dan Mohd Fadli sebelum ini dibicarakan di dua Mahkamah Tinggi berbeza dan masing-masing didapati bersalah atas kesalahan mengedar dadah dan dijatuhkan hukuman mati.
Dalam kes Mahadi, Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Has Zanah memutuskan bahawa rayuan yang dikemukakan lelaki itu mempunyai merit, kerana terdapatnya salah arah dalam keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.
Beliau berkata penghakiman untuk pengedaran dadah adalah tidak selamat, namun beliau menyatakan terdapat bukti mencukupi untuk mensabitkan hukuman terhadap lelaki itu atas dakwaan memiliki dadah.
Hakim Has Zanah berkata, Mahadi dikenakan hukuman penjara yang lebih lama kerana berat dadah tersebut, dan mengarahkan hukuman itu bermula daripada 15 Julai 2015, iaitu tarikh lelaki itu ditangkap.
Peguam bela Mahadi S. Jayananda Rao telah menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah melakukan kesilapan terhadap bahan bukti yang dikenakan pada anak guamnya, ketika diarahkan membela diri.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah.
Terdahulu Mahkamah Rayuan yang sama telah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 20 sebatan terhadap Mohd Fadli atas kesalahan memiliki dadah. Hukuman penjara itu bermula daripada tarikh tangkapan iaitu 3 Jan 2016.
Perkara itu selepas Timbalan Pendakwa Raya How May Ling memaklumkan kepada mahkamah bahawa, Mahkamah Persektuan dalam kes Alma Nudo lawan Pendakwa Raya, di mana mahkamah telah memansuhkan satu peruntukan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 (DDA) yang membolehkan 'anggapan berganda' diguna pakai untuk mensabitkan seseorang tertuduh kerana mengedar dadah.
Dalam kes Mahadi, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan kesalahan berdasarkan kepada anggapan berganda.
Bagaimanapun, How berkata terdapat kes kerana memiliki dadah terhadap Mahadi berdasarkan kepada bukti yang dibentangkan di mahkamah.
Mohd Fadli, yang diwakili peguam V. Saravanan juga telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas dua kesalahan memiliki dadah, yang mana dia (Mohd Fadli) tidak membuat rayuan.
Lelaki itu telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan tiga sebnatan kerana memiliki 20.51g ganja di sebuah apartment dan tiga tahun penjara dan tiga sebatan kerana memiliki 5.13g methamphetamine dalam poketnya. Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
Mohd Fadli dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan kerana memiliki 103.44g methamphetamine di sebuah apartmen di Pandan Mewah Height di Selangor pada 2016. - Gambar hiasan
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun
Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.
Kes bunuh anak tiri: Boy Tiger terlepas hukuman mati, dipenjara 35 tahun
Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tirinya.
Datuk rogol cucu: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang datuk kerana merogol cucu perempuannya yang berusia tujuh tahun enam tahun lepas.